Video: Peserta PABM Sudah Bersedia Berentap

Bangi – Debaran peserta dalam mengetahui siapakah sembilan peserta yang bakal berentap di pusingan akhir Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2017 telah pun terjawab.

Bagi kategori Alam Melayu, peserta negara bakal menggalas cabaran iaitu Noor Haqim Noor Hamiddon dan Muhamad Sharulnizam Md Roni serta Ahmad Aidil Hadri Sa’dullah dari Singapura.

Untuk kategori Pelajar Antarabangsa Di Malaysia (PAM), tiga peserta yang berjaya ialah Abdulrahman Khaled Hasan Saeed yang berasal dari Yaman dan mewakili Universiti Teknologi Petronas serta dua peserta dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Hassan Radwan Jamal Elath dari Palestin serta Abdul Matin dari Afghanistan.

Bagi kategori Antarabangsa pula, mereka yang layak ialah Ma Xiao dari China, Rimajon Sotlikova (Uzbekistan) dan Lisa Shimazaki (Jepun).

Sementara itu, Noor Haqim ketika ditemui memberitahu, persediaan secara rapi telah dilakukan dan dia mendapat bantuan rakan serta pensyarahnya dalam menyediakan inti pati pidato tersebut.

“Alhamdulillah saya rasa sangat lega dan sangat nervous kerana peserta dari kategori alam Melayu sangatlah bagus.

“Dan saya rasa sangat gemuruh untuk bercakap esok di hadapan orang ramai.

“Untuk persediaan PABM ini secara umumnya kami dah buat persediaan selama dua minggu awal dan Insyaallah esok saya akan buat yang terbaik.

“Saya percaya untuk buat teks yang bagus, kita kena minta tunjuk ajar daripada orang yang lebih berpengalaman,” katanya ketika ditemui Suara.TV selepas pusingan separuh akhir tadi.

Noor Hakim yang juga pelajar jurusan undang-undang tahun kedua di UiTM Shah Alam menyifatkan semua peserta sangat hebat dan berdepan dengan saingan sengit.

“Untuk final ini pencabar dia memang kedua-dua peserta kerana mereka berdua sangat bagus,”ujarnya.

Peserta dari Singapura pula, Ahmad Aidil Hadri Sa’dullah menyifatkan dua wakil dari Malaysia sebagai pesaing terbesarnya kerana kredibiliti dan bakat yang dipamerkan mereka.

“Saya rasa ini tajuk orang tak pernah bawa.

“Tema yang diberikan adalah banyak dan salah satunya adalah hubungan antara dua negara, dan saya percaya hubungan dua negara yang lebih baik adalah kita berbualkan Isu Malaysaia Singapura.

“Kerana kita sangat rapat kerana bila kita cakap pasal Malaysia, kita akan tahu jirannya adalah Singapura.

“Dan saya rasa Shahrulnizam, tapi saya tak terkejut kalau Haqim boleh rebut juara juga kerana mereka ini dikatakan sebagai rival seperti Machester United dan Machester City, dan saya hanyalah Leicester.”katanya.

Dalam pada itu, peserta yang bertanding dalam kategori PAM menyifatkan pertandingan pidato ini sebagai medium terbaik untuk mengukuhkan hubungan dengan negara luar.

“Bila dapat tahu dapat masuk final, saya rasa happy sangat, tak sabar nak buat persembahan esok.

“Dapat pertolongan dari kawan-kawan, saya juga kena tanya benda ini sesuai atau tidak, benda ini kena masuk atau tidak, sebab kalau buat sendiri susah jugak nak masuk final ini.

“Peserta-peserta yang datang ke sini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu sudah membesar dan mereka semua fasih sangat,”Ujarnya.

Beliau yang juga pelajar Universiti Islam malaysia, yakin akan mempamerkan aksi terbaik pada peringkat akhir itu nanti.

Pertandingan akhir ini akan berlangsung pada 26 Julai 2017 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) jam 8 Malam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual merasmikan pertandingan tersebut.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.