VIdeo: Gelagat Mencuit Hati Peserta PABM

Bangi – Sudah menjadi kebiasaan pertandingan pidato akan lebih bersifat serius dengan lontaran isi dan hujah namun tidak bagi Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2017.

Sungguhpun isi dan hujah yang disampaikan adalah berat, namun kreativiti peserta amat menyerlah khususnya dalam penyampaian pidato.

Pelbagai gimik digunakan oleh mereka dalam menarik hati juri yang mengadili pertandingan tersebut.

Lihat sahaja peserta dari Korea Selatan, Seok Da Hye, Peserta dari Jepun, Lisa Shimazaki dan Peserta dari Azerbaijan, Nabiyya Zarbali.

Peserta-peserta ini mempamerkan sisi berbeza apabila bukan hanya berbakat dalam pidato, namun mampu untuk bernyanyi dalam bahasa Melayu dengan baik.

Lagu Datuk Siti Nurhaliza, Menjeling -menjeling, dan lagu senyum oleh Aziz Harun adalah antara lagu yang boleh dinyanyikan dengan baik oleh peserta-peserta ini.

Pertandingan PABM kali ini pasti akan menjanjikan kelainan dan kehebatan para peserta tidak dapat disangkal lagi.

Seramai sembilan peserta berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dalam tiga kategori iaitu Alam Melayu, Pelajar Antarabangsa Di Malaysia (PAM) dan Antarabangsa.

Pertandingan akhir ini akan berlangsung pada 26 Julai 2017 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) jam 8 Malam. Ia akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.