Vandalisme Kemudahan MRT Insiden Yang Memalukan – FOMCA

KUALA LUMPUR – Gejala vandalisme terhadap kemudahan transit ali­ran massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang yang baharu sahaja beroperasi pada 17 Julai yang lalu disifatkan sebagai insiden yang memalukan.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, walaupun kerajaan menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk memberi kemudahan kepada rakyat, masih ada tidak tahu menghargainya.

“Inilah sikap segelintir mas­ya­rakat yang tidak menghargai kemudahan yang disediakan, sebaliknya dirosakkan begitu sahaja, bukan sahaja merugikan kerajaan yang perlu berbelanja besar untuk kerja-kerja membaik pulih tetapi juga merugikan diri sendiri.

“Masyarakat di negara maju sangat menghargai ke­mudahan awam kerana ia merupakan pengang­
kutan uta­ma mereka, jadi satu perubahan sikap dan mentaliti diperlukan da­lam diri rakyat Malaysia bagi menjamin masa depan pengangkutan awam, jika tidak selagi itulah kita tidak akan ke mana-mana,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas ke­nyataan Pengarah Komunikasi Stra­te­gik dan Hubungan Pihak Ber­ke­­pentingan MRT Corp, Datuk Najmuddin Abdullah yang mendedahkan sikap sesetengah pengguna MRT yang sengaja menggores din­ding dan bangku, merosakkan tandas malah sanggup merosakkan ukiran Ru­kun Negara di Stesen Merdeka.

Sementara itu, Ke­tua Pusat Penyelidikan Pe­ngangkutan Bandar Mapan (Sutra) Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebang­-
saan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Amiruddin Is­mail berkata, pihak pengurusan MRT perlu bertindak segera terhadap sebarang vandalisme yang berlaku sebelum ia berleluasa.

“Pihak pengurusan harus menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) dengan sebaik­nya bagi mengenal pas­ti pengguna yang tidak bertanggungjawab dan kenakan tindakan yang sewajarnya kerana pe­ngangkutan awam adalah hak milik semua orang.

“Perangai seperti ini tidak patut ada, rakyat seharusnya lebih bertanggungjawab apabila menggunakan MRT,” katanya. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.