Touch ‘N’ Go Wujudkan Bayaran Mudah Alih, Alipay

KUALA LUMPUR – Touch ‘N’ Go Sdn Bhd, anak syarikat CIMB Group Holdings Bhd akan membentuk usaha sama ekuiti dengan Ant Financial Services Group, syarikat induk, Alipay.

Ia bertujuan memperkenalkan platform pembayaran dan perkhidmatan kewangan mudah alih bertaraf dunia sekali gus menyokong usaha Malaysia mewujudkan infrastruktur pembayaran digital yang mantap dan terjamin, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan dan Pengurusan aset CIMB Group, Effendy Shahul Hamid.

Beliau berkata di bawah usaha sama ekuiti ini Touch ‘N’ Go akan menjadi pemegang saham majoriti manakala ant financial pemegang saham minoriti, lapor RTM.

Beliau bercakap pada sidang media selepas pemeteraian perjanjian muktamad bagi usaha sama Touch ‘N’ Go dan Ant Financial.

Modal yang disuntik oleh kedua-dua pihak akan digunakan bagi mewujudkan penyedia pembayaran dalam dan di luar talian bertaraf dunia, penyelesaian dompet mudah alih dan perkhidmatan kewangan berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.