Syarikat di Wisconsin Rancang Tanam Microchip Dalam Kulit Pekerja

SEBUAH syarikat di Wisconsin mengumumkan rancangan untuk memasang microchip di bawah kulit di bahagian ibu jari dan jari telunjuk tangan pekerjanya.

Syarikat berkenaan, Three Square Market bagaimanapun menegaskan microchip itu tiada kaitan dengan GPS dan tidak akan digunakan untuk mengesan pekerja.

Jika rancangan itu berjaya, ia akan membolehkan pekerja membuat pembelian menerusi pasaran mikro, buka pintu, masuk ke dalam aplikasi komputer serta menggunakan mesin salinan.

Pemegang microchip itu akan menggunakan jari mereka untuk membuat imbasan. Pekerja syarikat itu boleh memilih sama ada mahu memasangnya atau tidak dan pelaksanaannya berkuatkuasa 1 Ogos ini.

Syarikat terbabit menjangkakan lebih 50 kakitangannya akan menawarkan diri secara sukarela dan saiz microchip itu hanyalah sebesar sebutir nasi.

Setiap chip berharga RM1,823 dan ia akan dibayar kepada pekerja yang secara sukarela menawarkan diri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.