Siti Saleha Berdebar Tunggu Hari Perkahwinan

Pelakon Siti Saleha mengakui berdebar menunggu hari bersejarah untuk disatukan dengan jejaka pilihannya, Lutfi pada Jumaat, 28 Julai ini.

Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Baharom, 27, berkata, segala persiapan telah berlajan lancar dan dia tidak mahu berasa terlalu tertekan apabila sibuk memikirkan mengenai majlis yang akan berlangsung, lapor AstroGempak.

“Sudah semestinya saya berasa gementar apabila memikirkan mengenai majlis tersebut namun semuanya akan berjalan dengan lancar.

“Segala persediaan telah dilakukan oleh saya dengan bantuan ahli keluarga yang lain.

“Saya juga telah mengehadkan untuk tidak kerap bertemu dengan Lutfi pada minggu-minggu terakhir sebelum bernikah kerana nak jaga seri muka bakal pengantin dan risau perkara tidak diingini berlaku.

“Semoga majlis yang akan dilangsungkan itu kelihatan sempurna dan berjalan dengan lancar seperti apa yang telah dirancangkan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.