Pasangan Maut Rempuh Treler Di Plus

SUAMI isteri maut apabila lori dinaiki merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 156.4 Lebuhraya PLUS arah selatan, 1.10 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Teoh Beng Koon, 61, memandu lori ditemani isterinya, Low Kuan Tai, 58.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Shafee Abd Samad berkata, mangsa merempuh belakang treler yang berada di laluan kanan lebuh raya.

Beliau berkata, Teoh dan Low parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, pemandu treler tidak mengalami kecederaan.

“Mayat dihantar ke Hospital Sungai Bakap bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.