Norman Hakim Buat Kejutan Di Ulang Tahun Perkahwinan Abby

Pelakon Norman Hakim telah membuat satu kejutan apabila hadir dengan sebiji kek bagi menyambut ulang tahun perkahwinan bekas isterinya, Abby Abadi dan suami di kediaman mereka baru-baru ini.

Abby Abadi menerusi laman Instagramnya, telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan Norman yang hadir bersama isterinya, Memey Suhaiza untuk meraikan hari ulang tahun perkahwinan kedua mereka.

Abby menerusi entri tersebut telah mengucapkan terima kasih kepada pasangan itu dan akui berasa malu semasa diraikan.

Tambah Abby lagi dia akui Norman dan Memey memang dicipta untuk bersama dan sebelum ini dia hanya meminjam Norman untuk seketika sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.