Mana Prinsip Mahathir Bila Mahu Anjur Perhimpunan?

Ketika zaman pemerintahannya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sangat benci akan perhimpunan jalanan.

Malah beliau pernah menyifatkan bahawa peserta perhimpunan haram adalah kaldai dan bodoh, ketika merujuk kepada himpunan Bersih beberapa tahun lepas.

Nmaun kini, selepas bersama dengan Pakatan Harapan, Mahathir yang juga pengerusi pakatan itu mahu menganjurkan himpunan “Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi” yang akan diadakan pada 14 Oktober ini.

Di mana prinsip beliau sebelum ini yang menentang perhimpunan haram dan menyifatkan ia hanya merugikan negara.

Mahathir pernah menjadikan kerajaan Mesir sebagai contoh di mana negara berkenaan berdepan masalah mendapatkan kepercayaan pelabur asing serta pelancong selepas demonstrasi jalanan yang diadakan rakyatnya sebelum itu.

“Sekarang ini mereka perlu mendirikan kerajaan baru, tapi masih ada demonstrasi, orangpun tak datang, pelancong pun tak datang, pelabur pun tak datang,” itu kata Mahathir pada 2011.

Kini pendiriannya berpusing 360 darjah malah beliau pula yang menganjurkannya semata-mata untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Selepas gagal menggunakan isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion, beliau menggunakan pula himpunan jalanan ini untuk menjatuhkan Najib.

Ketika menyertai himpunan haram BERSIH 4 pada tahun lepas, Mahathir menekankan ia adalah ikhtiar akhir untuk menekan Najib bagi meletak jawatan. Tapi Najib masih kukuh dan mendapat kepercayaan rakyat.

Dah berapa kali Mahathir kata serangan yang dilakukan itu adalah langkah terakhir. Tapi tup tup, lain pula jadinya.

One thought on “Mana Prinsip Mahathir Bila Mahu Anjur Perhimpunan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.