Lori Kontena Terbakar Di Lebuhraya PLUS

TANGKAK – Satu kemalangan berlaku di Kilometer 168.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kira-kira pada 8 pagi ini, melibatkan sebuah kontena terbakar selepas terbabas di kawasan tersebut.

Tiada kemalangan jiwa di laporkan dalam kemalangan tersebut, namun insiden itu telah menghalang semua lorong lebuh raya dari arah Kualau Lumpur ke Johor Bahru di tempat itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak (BBP), Bakarya Mohd. Salleh berkata, sebuah jentera bersama enam anggota dari BBP Tangkak dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima maklumat kejadian itu.

Tambahnya, kebakaran dapat dikawal pada pukul 8.45 pagi tadi.

Sementara itu, pihak PLUS menasihatkan orang ramai yang menggunakan laluan itu supaya merancang perjalanan masing-masing bagi mengelakkan kesesakan.

Pengguna dari Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka boleh mengambil susur keluar di Plaza Tol Tangkak sebelum keluar semula di Plaza Tol Bukit Gambir bagi perjalanan menghala ke Johor Bahru. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.