Lelaki Jalin Hubungan Cinta Dengan Mayat

Seorang lelaki telah mengejutkan ramai apabila dia menjalin hubungan cinta dengan mayat seorang wanita yang pernah dipujanya. Walaupun kisah berkenaan telah lama berlaku, namun ketaksuban Carl Tanzler terhadap Elena Hoyos masih diperkatakan hingga kini

Tanzler dilahirkan di Jerman dan berpindah ke Amerika Syarikat pada 1926. Dia bekerja di hospital Key West ketika bertemu dengan Elena Hoyos.

Namun Elena meninggal dunia akibat penyakit tibi. Tanzler yang obses dengannya, telah menggali mayat Elena dan membawa pulang ke rumahnya dan dia bersama dengan mayat itu selama tujuh tahun.

Sebenarnya Tanzler bukannya cintakan Elena pun dan wanita itu tidak lebih kepada satu simbol baginya. Tanzler sendiri sudah berkahwin tetapi dia telah meninggalkan anak dan isterinya.

Terdapat dakwaan Tanzler melakukan seks dengan mayat Elena namun tiada bukti bagi membuktikan walaupun dua doktor yang memeriksa mayat wanita itu mendapat terdapat tiub kertas disumbat dalam kemaluan mayat itu.

Obsesi Tanzler terhadap Elena bermula ketika dia bertemu wanita itu di hospital tersebut. Sebelum Elena meninggal dunia, Tanzler telah menjalankan uji kaji terhadap wanita lain bagi mengubati penyakit tibi tetapi gagal.

Selepas meninggal dunia, Tanzler kerap mengunjungi kubur Elena tanpa pengetahuan keluarga wanita itu dan kemudian secara rahsia dia membawa pulang mayat itu ke rumahnya.

Dia menggunakan pelbagai cara untuk mengelak mayat reput termasuk menggunakan lilin untuk membentuk muka, mata dan badan. Tanzler juga menggunakan wayar penyidai untuk menyambung tulang Elena serta menyumbat mayatnya dengan serami. Rambut palsu turut dipakaikan pada mayat itu.

Perbuatannya hanya terbongkar selepas dia kerap membeli baju wanita dan selalu melawat kubur Elena tetapi tidak lagi mengunjungi kubur itu selepas dua tahun.

Malah seorang budak mendakwa pernah melihat Tanzler menari dengan sesuatu yang kelihatan seperti patung besar.

Pada Oktoberr 1940, keluarga Elena memutuskan untuk bersemuka dengan Tanzler dan ketika kakaknya ke rumah Elena, mereka terkejut menemui patung lilin menyerupai mayat adiknya.

Dia kemudiannya menghubungi pihak berkuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.