Klip Video 18 Militan Daesh Ditembak Mati Jadi Tular

BENGHAZI, Libya – Seramai 18 banduan berpakaian jumpsut berwarna oren, dipercayai militan Daesh ditembak dari belakang pada jarak dekat sebagai pelaksanaan hukuman mati di Libya, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Menurut Agensi, satu klip video yang dirakam baru-baru ini menunjukkan kesemua tahanan itu melutut dalam empat barisan sebelum mereka ditembak mati oleh skuad penembak.

Rakaman itu muncul ketika ketegangan kian meruncing antara Tentera Kebangsaan Libya (LNA) dan kumpulan militan di Benghazi selepas komander LNA, Khalifa Haftar mengisytiharkan kemenangan di bandar itu.

Portal Libyan Express mendakwa arahan hukuman bunuh beramai-ramai itu dikeluarkan oleh orang kanan Khalifa, Mahmoud Al-Werfalli yang mengetuai Pasukan Saiqa, seperti memetik Kosmo.

Menurut laporan stesen televisyen Al Jazeera, mereka yang dibunuh adalah militan Daesh yang berperang di Libya.

Klip video bertarikh 17 Julai itu muncul beberapa hari selepas jurucakap Hak Asasi Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Liz Throssell meminta LNA yang menawan timur Libya supaya menyiasat hukuman bunuh terhadap tahanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.