Keith Foo Kecewa Nama Dijaja

“Tolonglah tutup atau paling tidak pun tukar nama akaun ini,€” kata Pelakon Keith Foo, 34, meminta individu yang mewujudkan akaun Facebook menggunakan namanya agar menghentikan segala aktiviti di media sosial berkenaan.

Keith berkata, dia menyedari kewujudan akaun yang memiliki jumlah pengikut lebih 110,000 itu selepas dimaklumkan seorang rakannya.

“Saya perasaan kewujudannya dan sudah beberapa kali meminta pemiliknya menutup akaun ini.

“Bagaimanapun, tiada tindak balas daripada individu berkenaan walaupun berkali-kali saya cuba memintanya berbuat demikian,”katanya, seperti memetik Metro.

Bintang utama drama Ariana Rose itu mengakui bimbang jika entri yang dimuat naik di akaun terbabit menjejaskan nama baiknya.

“Saya cuba berfikiran positif dan orang ramai tahu akaun ini bukan milik saya. Apapun, saya tetap berharap individu terbabit berhenti menggunakan nama saya,€” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.