Janna Nick Kesal Dikecam Netizen Kerana Kritik Filem Dunkirk

Pelakon Janna Nick kesal apabila kritikannya berhubung filem Dunkirk dikecam netizen.

Menyedari postingnya itu tidak diterima ramai, Janna sempat memuat naik satu kenyataan di Twitter dengan memerli tindakan segelintir netizen yang terlalu cepat menghukum kesalahan orang lain.

Tidak mahu memanjangkan cerita, Janna akui kesilapannya dan memohon maaf terhadap komen pedasnya itu serta memadam posting tersebut.

Malah, dia juga sempat menambah akan menonton filem tersebut sekali lagi sehingga habis.

“Orang tunggu je aku buat silap sikit. Itu ok. Takkanlah tak de salah langsung. Saya minta maaf ye semua. Nanti ai tengok cerita tu sampai habis,”kongsinya di twitter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.