Janna Nick Dikecam Gara-Gara ‘Bosan’ Dengan Filem Dunkirk

Netizen kecamm tindakan pelakon Janna Nick memuat naik satu status bernada ulasan berkenaan filem dinanti ramai, Dunkirk.

Bukan sahaja pengisian hebat, Dunkirk juga menjadi perhatian kerana ia adalah hasil garapan pengarah prolifik, Christopher Nolan.

Namun kerana terlalu jujur berkongsi perasaannya tentang filem itu di laman sosial, Janna terus dihentam netizen.

Ramai yang marah kerana Janna memberi komen tanpa menonton filem itu sehingga ke penghujung.

Kata mereka, citarasa adalah sesuatu yang subjektif. Justeru, tidak timbul isu jika Janna merasakan filem itu tidak menarik minatnya.

Mereka menasihatkan Janna agar lebih berhati-hati dalam pemilihan ayat dan perkataan kerana frasa ‘kebodohan teruk’ dan ‘tertidur sewaktu menonton’, dianggap sinis bagi sesetengah pihak.

Filem Dunkirk yang mula ditayangkan pada 20 Julai lalu itu diangkat dari kisah benar ketika Perang Dunia Kedua, mengenai peperangan yang tercetus di Dunkirk, Perancis pada 26 Mei hingga 4 Jun 1940, antara tentera bersekutu dengan tentera Nazi Jerman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.