Filem Dunkirk Duduki Tempat Teratas ‘Box Office’

LOS ANGELES – Filem epik mengenai Perang Dunia Kedua, “Dunkirk” menduduki tempat teratas “box office” pasaran Amerika Utara pada pembukaannya dan filem ini penampilan lakonan bintang pop, Harry Styles, dari Kumpulan “One Direction”.

Menurut AFP, filem yang diarahkan oleh pengarah British, Christopher Nolan – dianggar membuat kutipan kira-kira US$50.5 juta di panggung wayang Amerika Syarikat dan Kanada, menurut syarikat pemantau “box office”, Relations Exhibitor.

Filem ini menceritakan pengembaraan berani pada tahun 1940 dan aksi beratus-ribu tentera pihak Sekutu di sebuah pantai di utara Perancis yang sedang menghadapi pengeboman Jerman yang berterusan.

Filem komedi, “Girls Trip” yang dibintangi oleh Queen Latifah dan isteri Will Smith, Jada Pinkett Smith, yang memulakan tayangan dan menduduki tempat kedua dengan kutipan US$30.4 juta, petik RTM.

Tempat ketiga pergi ke filem “Spider-Man: Homecoming,” yang memperolehi US$ 22 juta dalam minggu ketiga tayangannya. Secara keseluruhan, filem ini telah meraih lebih daripada US$250 juta di pasaran Amerika Utara.

Filem yang mendahului kutipan “box office” minggu lepas,”War For the Planet of the Apes”- meraih US$20.4 juta pada minggu kedua untuk tempat keempat.

Filem yang kelima dalam carta “box office”adalah filem fantasi angkasa “Valerian and the City of a Thousand Planets.”

Filem ini yang dibiayai oleh EuropaCorp dan dibintangi oleh Dane DeHaan dan Cara Delevingne, dikatakan sebagai filem bebas yang paling mahal yang pernah dibuat, menghasilkan kutipan lebih daripada US$17 juta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.