Sembilan Peserta Berentap Di Peringkat Akhir PABM

BANGI – Sembilan peserta berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2017 yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada pukul 8 malam esok.

Sebanyak tiga kategori dipertandingan pada acara akhir dengan setiap kategori akan diwakili oleh tiga peserta.

Tiga kategori yang akan dipertandingkan ialah Alam Melayu, Pelajar Antarabangsa Di Malaysia (PAM) dan Antarabangsa.

Bagi Kategori Alam Melayu, peserta yang berjaya ialah peserta negara, Noor Haqim Noor Hamiddon dan Muhamad Sharulnizam Md Roni serta Ahmad Aidil Hadri Sa’dullah dari Singapura.

Untuk kategori PAM pula, peserta yang layak ke akhir adalah Abdulrahman Khaled Hasan Saeed yang berasal dari Yaman dan mewakili Universiti Teknologi Petronas dan dua peserta dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) iaitu Hassan Radwan Jamal Elath dari Palestin serta Abdul Matin (Afghanistan).

Manakala Ma Xiao dari China, Rimajon Sotlikova (Uzbekistan) dan Lisa Shimazaki (Jepun) akan bertanding pada kategori Antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka hadir bagi merasmikan pertandingan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.