Video: Wanita Maut Dibaham Harimau ‘Wildlife Park’

BEIJING, CHINA – Seorang wanita maut dibaham harimau ketika keluar dari keretanya di taman hidupan liar di sini.

 

Memetik laporan CCTV News, seorang lagi cedera selepas sepasang harimau menerkam mereka (dua pengunjung) di Badaling Wildlife Park Beijing pada petang Sabtu lalu.

 

Rakaman video yang menjadi viral ini memaparkan serangan haiwan tersebut apabila seorang wanita meninggalkan kenderaannya dan berjalan beberapa meter untuk membuka pintu kereta temannya.

 

Kemudian, wanita itu diseret oleh harimau dan seorang lagi kelihatan tergesa-gesa untuk meminta bantuan, bagaimanapun, tidak dapat melawan serangan tersebut.
Walaupun taman ini membolehkan pengunjung untuk memandu kereta mereka sendiri dalam lawatan gaya safari, mereka dilarang untuk keluar kerana  haiwan liar akan bebas berkeliaran di seluruh kawasan taman.

 

Taman itu telah ditutup untuk sementara waktu sejurus selepas berlakunya insiden tersebut.

 

Terdahulu, serangan ini bukanlah insiden pertama berlaku. Pada bulan Ogos 2014, seorang pengawal keselamatan turut maut dalam serangan harimau di taman yang sama.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.