Video : Jangan Anggap Apa Yang Dituduh DOJ Telah Dibuktikan -KJ

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin meminta orang ramai tidak membuat spekulasi terhadap isu saman sivil yang dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berhubung dana 1 Malaysia Developement Bhd (1MDB) yang diselewengkan itu sehingga ia diselesaikan di mahkamah.

 

Khairy berkata, perkara itu belum lagi benar-benar dibuktikan dan proses siasatan masih lagi dijalankan.

 

“Perkara ini belum lagi dibuktikan ia perlu di bawa ke mahkamah dalam kes sivil dan kes sivil ini akan menentukan samada aset-aset tersebut diperolehi dengan cara yang tidak sah.

 

“Kita harap bahawa proses ini akan dapat dijalankan supaya kita dapat kepastian. Kita tidak mahu mana-mana pihak menganggap bahawa apa yang telah dituduh itu telahpun dibuktikan. Sebab itu hasil siasatan masih lagi perlu dibuktikan dan perlu dibawa ke mahkamah,”katanya di mesyuarat pemuda di PWTC, disini, hari ini.

 


Dalam perkembangan lain,  Khairy berkata, pemuda sudah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang pada bila-bila masa.

 

Katanya, ia merupakan antara agenda utama pemuda pada mesyuarat pergerakan sayap itu.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.