Video : 1MDB Jadi Bahan Celaan, Banyak Sumbang Kebajikan Sosial Kata Najib

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, 1 Malaysia Development Bhd (1MDB) sering menjadi bahan celaan walaupun telah menghabiskan ratusan juta ringgit menjayakan program-program sosial dan kemasyarakatan sejak penubuhannya.

 

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, sebagai contoh bukan sahaja program tajaan haji tetapi termasuk pelbagai progrm telah disumbangkan daripada 1MDB.

“1MDB banyak menjaga program sosial 1MDB. Baik pulih rumah yang kita buat selama ini, menolong nelayan, belia, wanita membantu mangsa banjir dan sebagainya.

 

“Beratus-ratus juta telah kita keluarkan,”katanya yang berucap pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardu haji 1437H/2016 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

 

Beliau berkata, setiap apa yang dilakukan itu akan dipastikan prinsip kebertanggungjawaban menjaga harta rakyat yang tidak pernah diabaikan sama sekali.

 

Sehubungan itu, Najib berkata, usaha memantapkan 1MDB akan terus dilakukan malah yakin serta percaya kedudukan 1MDB akan lebih mantap dan kukuh dalam masa terdekat.

 

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata program tajaan haji yang diilhamkannya sejak 2011 berjaya menghantar seramai 4,611 jemaah, yang merupakan menifestasi penghargaan kerajaan kepada golongan imam, JKKP dalam memainkan peranan memartabatkan syiar Islam di peringkat akar umbi.

 

Najib berkata peruntukkan RM10.4 juta di bawah Yayasan 1MDB itu bagi menjayakan program tersebut sepanjang tempoh itu.

 

Perdana Menteri berharap mereka (jemaah) dapat menggunakan kesempatan itu mendoakan kesejahteraan negara agar terhindar daripada tohmahan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.