Tiada halangan Pokemon Go masuk ke Malaysia

PUTRAJAYA – Malaysia tidak membantah atau menghalang kemasukan aplikasi permainan, Pokemon Go ke negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

 

“Walaupun di sesetengah negara mungkin ada yang menghalang tetapi kita di Malaysia…kita belum sampai ke tahap itu,” katanya kepada media semasa Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.

 

Pokemon Go, permainan baharu telefon pintar direka oleh syarikat Niantic Incorporation daripada Nintendo Amerika Syarikat (AS) menjadi trend di media sosial buat masa ini. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.