Sultan Selangor Nasihat Bakal Haji Jaga Akhlak

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihatkan bakal haji agar sentiasa menjaga akhlak sepanjang mengerjakan ibadah itu di tanah suci.

 

Baginda juga turut mengingatkan bakal haji agar tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan nama baik negara.

 

Titahnya, jika bakal haji berhadapan dengan masalah, mereka boleh segera merujuk petugas Tabung Haji yang disediakan.

 

“Beta mahu bakal haji sentiasa bersedia menghadapi dugaan dan cabaran yang mungkin dihadapi sepanjang musim haji ini.

 

“Beta berkenan menasihatkan agar semua bakal haji dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam menunaikan ibadah haji, di samping menjaga tingkah laju dan akhlak,” titahnya, memetik laporan sebuah portal.

 

Baginda bertitah, bakal haji juga dinasihatkan untuk tidak membeli belah berlebihan dan tidak boros apabila berbelanja di sana.

 

“Tunaikanlah ibadah haji dengan tertib, sabar serta mengikut peraturan yang dikeluarkan dari masa ke semasa,” titah baginda.

 

Pada masa yang sama, baginda mahu bakal haji membuat persiapan sebaik-baiknya sebelum berangkat ke Tanah Suci.

 

Seramai 4,038 bakal haji di Selangor terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini. Keberangkatan pertama bermula 4 Ogos ini dan berakhir pada 5 September.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.