Penumpang Bidas Tindakan AirAsia Tukar Nama

KUALA LUMPUR –   Gara-gara tindakan AirAsia ingin menukar nama lapangan terbangan KLIA 2 kepada LCCT 2, ia telah di kecam dan dibidas oleh beberapa penumpang yang menggunakan pekhidmatan mereka.

 

Rata-rata daripada pengguna tersebut menyifatkan tindakan AirAsia itu hanyalah tindakan yang hanya akan memundurkan dan tidak akan memajukan syarikat tersebut dan hal ini telah disuarakan oleh mereka di laman Twitter.

 

“Secara peribadi saya lebih bersetuju terhadap nama KLIa terminal 1 dan 2 tapi dengan menamakan LCCT 1 dan 2 hanya akan membawa syarikat berkenaan selangkah kebelakang,mengelirukan,” kata Azuan Ahmad Zahdi.

 

“Rasa seperti AirAsia merendahkan kedudukan mereka dengan mengelarkan terminal tersebut sebagai KLIa2 sebagai LCCT,”ujar pemilik akaun Ikster.

 

Dalam Pada itu, terdapat juga yang menyarankan agar AirAsia mempertimbangkan semula penjemaan semula KLIA kerana ia hanya akan mengelirukan pengguna terutama pelancong dari luar.

 

“Tak faham kenapa AirAsia masih nak gunakan nama LCCT, KLIA2 sudah cukup baik, jangan kelirukan pelancong,” kata Ng Chun Hown.

 

Sementera itu, tindakan AirAsia menggunakan nama LCCT2 ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna dan kebanyakan daripada mereka mengalami masalah yang melibatkan lokasi yang betul untuk mereka berlepas.

 

Terdahulu, tindakan AirAsia ingin mengekalkan penggunaan nama LCCT2 akan memberikan kelebihan terhadap kedudukan kewangan syarikat berkenaan. -SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.