Mat Sabu: AS bukannya campur tangan

KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat (AS) berhak mengambil tindakan ke atas individu yang dipetik oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) sebelum berhubung sejumlah wang haram daripada 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang telah di bawa masuk ke negara berkenaan.

 

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamed Sabu berkata, tindakan oleh AS berkenaan bukanlah disebabkan oleh negara berkenaan ingin campur tangan dalam isu berkenaan namun ia disebabkan oleh wang haram yang di dakwa telah dimasukkan ke sana.

 

“Itu bukan soal campur tangan tapi tentang hak dan undang-undang di dalam negara mereka,”katanya kepada pemberita hari ini.

 

Sebelum ini, DOJ mengeluarkan kenyataan untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyita hartanah bernilai lebih daripada AS$1 bilion (RM4 bilion) berkaitan 1MDB yang merupakan sebahagian daripada AS$3.5 bilion yang dilarikan dari institusi itu dalam salah laku pecah amanah.

 

Dalam pada itu, Mohamed Sabu memaklumkan bahawa sehingga kini, kerajaan masih gagal untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes ini secara telus.

 

“Malaysia tidak mahu mengambil tindakan tentang isu ini, kritik sikit kena buang dan semuanya dikawal oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

 

Tambah Mohamed Sabu, Singapura juga telah mengambil tindakan untuk membekukan aset 1MDB di negara berkenaan.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.