Video : Isu Peluk, Zed Zaidi Minta Yuna Jangan Keliru Dengan Budaya

KUALA LUMPUR – Presiden Seniman, Zed Zaidi menasihati Yuna supaya jangan keliru dengan adat dan budaya kita walaupun berada di luar negara dan sudah menjadi penyanyi antarabangsa.

 

Zed juga meminta agar Yuna dapat memohon maaf atas ketelanjurannya dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.

 

“Bagi saya mana-mana artis yang terlibat, bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa kena berhati-hati. kerana kita ni masih mempunyai adat budaya yang mesti dipegang. Jangan lupa adat-adat kita. Secara tak langsung ia merupakan sesuatu yang amat sensitif bila kita bermain dengan agama ni.

 

“Di Malaysia ni, kreativiti adalah salah satu penyampaian budaya kita. Jadi kalau kita sendiri pun keliru dengan budaya kita, jadi siapa yang akan mempromosikan budaya kita,”katanya.

 

Tambahnya, perkara itu sememangnya tidak baik kerana boleh mengelirukan masyarakat, tambahan pula ia merupakan perbuatan yang dilarang di dalam agama Islam.

 

Terdahulu, isu peluk menjadi kontroversi selepas Yuna memuat naik satu video persembahan secara ‘live’ bersama penyanyi tersohor, Usher.

 

Sebahagian Melayu Islam di Malaysia mengecam tindakan itu dan turut menggelarkan Yuna sebagai ‘Perempuan Sampah’.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.