Peminat Liverpool Berpeluang Melihat Koleksi Memorabilia Khas The Reds

Kuala Lumpur – Para peminat bola sepak terutamanya pasukan Liverpool berpeluang untuk menyaksikan koleksi memorabilia bola sepak yang dibawa khas dari seluruh dunia.

 

Pengarah Media United Soccer Fandom Malaysia, Mohamad Razeef Shah berkata pihaknya menyediakan 17 koleksi memorabilia bola sepak yang asli untuk dikongsi bersama peminat tempatan.

 

Menurutnya, para peminat Liverpool boleh melihat sendiri replika asli piala Liga Juara Juara Eropah, lilitan kapten yang ditandatangani oleh Kenny Dalglish serta koleksi setem khas Liverpool.

 

“Di samping itu, mereka juga boleh menyaksikan koleksi bola sepak klasik yang digunakan pada Piala Dunia pertama iaitu pada 1930 dan Piala Dunia kelapan di England pada 1966.

 

“Ini merupakan pameran yang pertama seumpamanya diadakan di negara ini malah juga di Asia dan diharapkan para peminat bola sepak dan Liverpool tidak melepaskan peluang ini,” katanya ketika ditemui The Rakyat Post di sini hari ini.

 

Tambah Mohamad Razeef, pameran ini mula dibuka pada pukul 10 pagi sehingga 10 malam.

 

Jelasnya, sekiranya sambutan yang diterima menggalakkan maka ia mungkin akan dilanjutkan sehingga lewat malam ini.

 

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melawati laman sosial USFM di Instagram @unitedsoccerfm dan United Soccer Fandom Malaysia di Facebook rasminya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.