Identiti Rangka Budak Perempuan Dalam Beg Bagasi Masih Misteri

Adelaide – Rangka manusia yang ditemui dalam sebuah beg bagasi berhampiran lebuh raya mungkin kepunyaan seorang budak perempuan yang mungkin telah dibunuh lapan tahun lalu, menurut polis Australia pada Jumaat, lapor AFP.

 

Polis Australia kini sedang berusaha untuk menyelesaikan pembunuhan misteri ini.

 

Detektif meminta pertolongan daripada orang ramai, selepas tulang manusia ditemui oleh seorang pejalan kaki dalam belukar berhampiran Wynarka, sebuah bandar kecil kira-kira 130km di tenggara Adelaide.

 

Identiti budak perempuan itu tidak diketahui dan seorang lelaki yang berumur kira-kira 60 tahun, dilihat membawa sebuah beg pakaian di kawasan itu beberapa minggu yang lalu, sedang dicari oleh polis, kata Detektif Penguasa Des Bray.

 

Gadis itu mungkin berusia antara 2-4 tahun sewaktu dia meninggal dunia, Bray sambil menambah dalam satu kenyataan bahawa “atas sebab-sebab tertentu saya tidak akan mendedahkan bahawa kami yakin kanak-kanak ini telah dibunuh”.

 

Bray berkata, gadis itu mungkin mati beberapa tahun yang lalu disebabkan pakaian yang dijumpai, termasuk baju tutu hitam, kasut merah jambu, baju ungu berjenama”Dora Explorer”dan seluar pendek sukan , bertarikh 2007.

 

Walaupun polis telah menghubungi semua orang yang hilang dan unit skuad pembunuhan di seluruh negara namun tida ada maklumat berkaitan.

 

Penyiasat juga tidak tahu di mana gadis itu meninggal dunia, tetapi percaya dia telah “dibunuh di tempat lain dan mayatnya dimasukkan ke dalam beg pakaian dan beralih tempat baru-baru ini”, tambah Bray.

 

“Kami mahu orang ramai  berfikir kembali masa lalu, kembali ke tahun 2007 dan tahun-tahun di antaranya, berfikir tentang kanak-kanak perempuan seperti ini, yang tinggal berhampiran mereka, bermain dekat mereka dan berfikir tentang di mana kanak-kanak tersebut sekarang , “kata Bray.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.