Fosil Ular Berkaki Empat Ditemui

Miami – Satu fosil ular berkaki empat yang berusia 113 juta tahun, ditemui di Brazil.

 

Ia adalah fosil ular berkaki empat yang pertama ditemui para saintis.

 

Beberapa fosil ular berkaki belakang pernah ditemui sebelum ini, namun penemuan terbaru itu dijangka merupakan leluhur kepada ular-ular zaman moden.

 

“Spesis yang baru ditemui itu, Tetrapodophis amplectus yang hidup pada awal zaman batu kapur, iaitu 146 hingga 100 juta tahun lalu, mengekalkan kebanyakan ciri klasik ular, seperti hidung pendek, tempurung kepala dan badan yang panjang, bersisik, gigi bertaring dan rahang mudah lentur untuk menelan mangsa besar,” demikian menurut kajian yang diketuai para saintis dari Britain dan Jerman.

 

Empat kakinya yang pendek dan kecil tidak digunakan untuk bergerak, sebaliknya untuk memegang mangsanya.

 

Ular itu mempunyai ekor yang panjang dan leper, berbeza dengan haiwan akuatik, menandakan ia bukan berasal daripada moyang marin.

 

Fosil itu menunjukkan penyesuaian untuk mengorek lubang dan bukannya berenang, jadi, ia memperkukuhkan lagi idea bahawa ular berasal dari darat.

 

Sebelum ini, ahli paleontologi mempertikaikan ular adalah reptilia marin.

 

“Ini adalah fosil ular paling primitif dan ia amat jelas ia bukan (makhluk) akuatik,” kata Dr Nick Longrich dari Universiti Bath yang merupakan seorang daripada penulis dalam kajian itu.

 

Bercakap kepada Science in Action untuk BBC World Service, Dr Longrich menjelaskan, ekor ular itu tidak berbentuk pendayung untuk berenang dan ia tiada sirip.

 

Manakala badannya yang panjang dan muncung pendek adalah penggorek lubang tipikal.

 

fosil ular 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.