Tiga Maut, Pesawat Lakukan Pendaratan Kecemasan

Asuncion – Sebuah pesawat kecil yang sedang membuat pendaratan kecemasan di Paraguay terhempas ke atas sebuah motosikal, mengakibatkan tiga orang terbunuh manakala juruterbangnya selamat dan melarikan diri.

Tragedi itu berlaku di sebuah jalan raya kira-kira 100 kilomter di selatan bandaraya Pedro Juan Caballero di sempadan Brazil, kata polis.

Mangsa terdiri daripada seorang wanita muda, 19 dan anaknya berusia dua tahun serta seorang lagi wanita dewasa. Polis sedang mencari juruterbang yang selamat itu. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.