Polis Sabah Tetapkan Lapan KPI Perlu Dicapai 10 OCPD ESSZONE

Kota Kinabalu – Polis Sabah menetapkan lapan Indeks Pencapaian Utama (KPI) perlu dicapai 10 Ketua Polis Daerah di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) bagi memantapkan keselamatan di kawasan berkenaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata dua daripada KPI terbabit iaitu dialog dengan nelayan dan berjumpa pengusaha ternakan ikan sudah mula dilaksanakan, manakala lapan lagi akan diumum selepas Aidilfitri.

“KPI ini bertujuan meningkatkan tumpuan polis di kawasan ESSZONE dalam memantapkan kawalan keselamatan di lawasan berkenaan,” katanya ditemui selepas mengagihkan bungkusan kuih raya kepada ketua jabatan dan ketua polis daerah dari seluruh negeri, di sini sebentar tadi.

Sementara itu, beliau berkata perundingan untuk membebaskan Konstabel Zakiah Aliep yang diculik kumpulan lelaki bersenjata di Pulau Mabul Semporna 12 Julai lalu masih dibuat dan menyifatkannya sebagai positif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.