MH17: Ukraine Berkeras Pemberontak Pro-Rusia Patut Dipersalahkan

Ukraine tetap berkeras dengan pendiriannya bahawa insiden Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 ditembak jatuh oleh kumpulan pemberontak pro-Rusia.

Menurut satu kenyataan Kedutaan Ukraine di Malaysia pada Khamis, tiada jet pejuang tentera Ukraine yang melalui ruang udara itu sebelum, semasa atau sejurus selepas MH17 ditembak jatuh.

“Sejak bermulanya Operasi Anti-Keganasan, Angkatan Tentera Ukraine tidak pernah menggunakan peluru berpandu anti pesawat,” kata kenyataan itu.

Ia turut mendakwa bahawa Kerajaan Ukraine telah mempunyai bukti bahawa nahas itu melibatkan pemberontak pro-Rusia.

Beberapa video dan kenyataan dikeluarkan beberapa jam selepas nahas itu oleh Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SSU), yang mengaitkan pengganas pro-Rusia dalam nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh menggunakan sistem peluru berpandu permukaan ke udara (SAM) buatan Rusia, BUK di timur Ukraine.

SSU turut mendakwa memintas perbualan telefon pengganas, di mana Igor Bezler (atau ‘Bes’) melaporkan kepada penyelaras beliau, Kolonel Pentadbiran Perisikan Utama Rusia (GRU) V. Geranin, bahawa pesawat awam telah ditembak oleh militan.

Kerajaan Ukraine turut berkata bahawa mereka akan memberikan segala bantuan yang mungkin kepada pasukan penyiasatan asing.

Pesawat MH17 dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine kira-kira 50 kilometer dari sempadan Ukraine-Rusia, dalam penerbangannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada Khamis lalu, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/07/24/pendirian-ukraine/

One thought on “MH17: Ukraine Berkeras Pemberontak Pro-Rusia Patut Dipersalahkan

  • October 15, 2018 at 8:42 pm
    Permalink

    Mh17 di tembak jatuh semua maut? Sapa salah sapa patut di hukum? Pengganas bodoh kurang ajar sengaja tembak? Semoga allah swt laknat kamu semua!!! Kematian mereka wajib di bela dan di tuntut??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.