MH17: Pasukan Penyiasat Malaysia Tinggalkan Lokasi Nahas

DONETSK: Tiga anggota pasukan penyiasat Malaysia berhubung tragedi MH17 meninggalkan lokasi nahas selepas tiga hari melakukan pemeriksaan di sini.

Jurucakap Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE), Michael Bociurkiw berkata, pasukan itu yang tiba pada Selasa lalu meninggalkan lokasi pada petang Khamis.

“Saya percaya pasukan Malaysia sudah selesai jalankan tugas mereka buat masa sekarang dan mereka akan kembali ke Kiev,” katanya kepada pemberita di sini.

Apabila ditanya sama ada pihak berkuasa Malaysia akan menghantar lebih penyiasat, Bociurkiw berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

Beliau bagaimanapun berkata, pasukan tiga rakyat Malaysia “amat gembira” dengan kawalan keselamatan ketika mereka berada di lokasi nahas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.