Menteri Berang Atlet Sikh Tak Dibenar Pakai Turban

NEW DELHI: Menteri Sukan India, Sarbananda Sonowal mengakui ‘terkejut dan berang’ selepas mengetahui atlet berbangsa Sikh dalam skuad bola keranjang kebangsaan negara itu tidak dibenarkan menggunakan turban ketika beraksi di Piala Asia, baru-baru ini. 
 
Sonowal berkata serban di atas gelanggang tidak memberi impak terhadap ‘permainan bersih’ dan terkejut dengan insiden yang berlaku di kejohanan Piala Asia Kesatuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) di Wuhan, China yang berakhir pertengahan bulan ini. 
 
Dan Sonowal berkata dia sudah merujuk kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk mengeluarkan garis panduan pemakaian serban supaya “Insiden seperti itu tidak berulang”. 
 
“Kami difahamkan beberapa pemain bola keranjang India tidak dibenarkan memakai turban ketika Piala Asia di China baru-baru ini. 
 
“Kami terkejut dan marah. Kami sudah bercakap dengan Persekutuan Bola Keranjang India dan meminta laporan penuh daripada mereka. Kerajaan kami menghormati semua agama dan akan melakukan apa saya untuk memastikan sentimen mereka tidak dicabul. 
 
“Memakai turban tidak mengganggu permainan dan tidak menjadi objek dalam kejohanan sukan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan.
 
Dalam insiden itu, dua pemain, Amritpal Singh dan Amjyot Singh diarahkan oleh pegawai rasmi kejohanan untuk menanggalkan turban mereka sebelum perlawanan bermula ketika India menentang Jepun pada 12 Julai dengan menjelaskan ia melanggar peraturan antarabangsa bola keranjang antarabangsa. 
 
Sekalipun dibantah pasukan, kedua-duanya tidak dibenarkan berada di atas gelanggang sepanjang kejohanan berlangsung. – AFP 
http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wlbppnaw==
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.