Kesatuan Anak Kapal Gesa MAS Benarkan KRU Bertudung

Kuala Lumpur – Kesatuan Anak Kapal Kabin Penerbangan (Nufam) mengulangi gesaannya agar Malaysia Airlines membenarkan anak kapal dari kalangan wanita untuk memakai pakaian menutup aurat.

Ia menjawab kritikan yang mengaitkan tragedi pesawat MH370 dan MH17 dengan pakaian seragam anak kapal MAS yang didakwa tidak menutup aurat.

Nufam dalam kenyataannya menyifatkan dakwaan seperti itu tidak adil kerana anak kapal tersebut tidak berhak menentukan pakaian seragam mereka.

Tuduhan bahawa anak kapal wanita itu mengabaikan tanggungjawab agama mereka juga “tidak betul dan tidak adil” kerana mereka pernah meminta untuk mengenakan tudung atau hijab bersama pakaian seragam.

“Kini tiba masanya isu pakaian seragam hijiab dikaji bagi anggota kru beragama Islam yang ingin mengenakannya dalam penerbangan,” katanya.

Ia mengulas kenyatan MP PAS semalam yang menggesa MAS mengkaji semula dasar berhubung hidangan alkohol dalam penerbangan dan pakaian kru wanita yang tidak menutup aurat.

Dalam kenyataannya, Nufam turut menyelar pengguna Internet yang melabelkan anggota krunya sebagai “murahan”.

Ia merujuk kepada satu imej yang disebar oleh pengguna Internet yang mendakwa anggota kru tersebut menawarkan khidmat seks.

“Pada masa kita semua bersedih dengan kejadian MH17, ada pihak yang berjenaka dan mengutuk kru kami. Mereka turut menyebar tulisan jahat mengenai kru wanita kami.

“Kami merayu kepada individu ini supaya menghentikan kritikan ke atas kru kerana mereka terikat dengan perkhidmatan,” katanya lagi.

One thought on “Kesatuan Anak Kapal Gesa MAS Benarkan KRU Bertudung

  • July 26, 2014 at 6:09 pm
    Permalink

    menjadi satu kewajipan wanita islam menutupi aurat meliputi memakai tudung dalam menjalankan tugas dimana berada.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.