Gudang Baju Musnah Dalam Kebakaran

Kuala Lumpur – Sebuah gudang baju dua tingkat musnah dalam kebakaran di kawasan perindustrian Desa Tun Razak, dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.10 malam itu, kebakaran tersebut memusnahkan 100 peratus kawasan gudang terbabit, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya mendapat panggilan daripada orang awam berhubung kebakaran tersebut pada pukul 10.24 sebelum tiba di lokasi kejadian sepuluh minit kemudian.

Menurutnya, apabila anggotanya tiba, api sedang marak membakar keseluruhan kawasan gudang terbabit.

“Keluasan kebakaran membabitkan 300 meter persegi. Usaha memadamkan kebakaran berjalan sehingga kira-kira pukul 1 pagi bagi mengawal api daripada terus merebak.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.