Fouad Masoum Presiden Baharu Iraq

Baghdad – Parlimen Iraq sebulat suara memilih ahli politik dari kalangan kaum Kurdish, Fouad Masoum sebagai Presiden baharu negara ini, semalam.

Pelantikan tersebut dilihat bakal menamatkan kemelut politik Iraq yang sebelum ini terumbang-ambik sejak berakhirnya pilihan raya pada April lalu, setelah gagal mencari formula terbaik bagi membentuk sebuah kerajaan baharu.

Perdana Menteri, Nuri al-Maliki yang sebelum ini bertindak sebagai ketua negara buat sementara waktu gagal memenuhi segala permintaan kaum Sunnah dan Kurdish. – REUTERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.