Bank Islam Menang Tiga Anugerah Perbankan Antarabangsa

Kuala Lumpur – Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) memenangi tiga anugerah pada majlis anugerah tahunan International Banker bagi kategori Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Terbaik, Penyedia Perkhidmatan Pelanggan Terbaik Asia dan Bank Islam Terbaik.

Bank Islam dalam kenyataannya memberitahu, Pengarah Urusannya, Datuk Seri Zukri Samat (gambar) telah dipilih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Terbaik.

Jelasnya, International Banker menyifatkan Zukri sebagai individu berwawasan dalam sektor perbankan di rantau ini berikutan kejayaan beliau mentransformasikan Bank Islam dari kedudukan kewangan bermasalah pada 2006 untuk menubuhkan bank Islam pertama di Malaysia.

“Dengan mempunyai pandangan jauh lagi strategik, Zukri mengutamakan operasi Bank Islam untuk membina institusi yang berjaya dan stabil justeru kini merupakan peneraju dalam sektor berkenaan.

“Beliau menumpukan perniagaan bank tersebut dan melaksanakan kempen penjenamaan semula bagi membantu bank terus berkembang daripada pemulihan,” jelas kenyataan itu di sini hari ini.

International Banker ialah anak syarikat Finance Publishing, sumber utama dunia bagi analisis kewangan, perbankan antarabangsa dan hal ehwal dunia yang dipercayai. Anugerah tahunan International Banker mengiktiraf kecemerlangan perbankan global.

Sehingga kini, Bank Islam mempunyai 136 cawangan dan lebih 1,200 terminal layan diri di seluruh negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!