20 Maut Kereta Api Rempuh Bas Sekolah Di India

Hyderabad (India) – Seramai 20 orang kebanyakannya kanak-kanak maut selepas sebuah kereta api penumpang merempuh bas sekolah di Telangana, India pada Khamis.

Kereta api berlanggar dengan sebuah bas yang membawa kira-kira 30 kanak-kanak apabila ia melintasi landasan tanpa pengawasan di Telangana, sehingga menyebabkan kenderaan itu diseret dan remuk teruk.

“Seramai 20 orang disahkan terbunuh dalam kemalangan di landasan kereta api itu. Ramai orang cedera parah dan dihantar ke beberapa hospital,” kata jurucakap bagi Keretapi Selatan Tengah, K. Samba Siva Rao kepada AFP.

Bas itu dalam perjalanan ke sekolah ketika kejadian yang berlaku di kampung Masaipet, kira-kira 62 kilometer dari ibu negeri Hyderabad. – AFP

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.