RON97 dan diesel naik 7 sen, RON95 kekal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengekalkan harga runcit RON95 pada RM2.05 seliter walaupun harga pasaran minyak dunia meningkat.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga RON97 meningkat tujuh sen seliter daripada RM3.14 kepada RM3.21 seliter bagi tempoh 26 Jun hingga 2 Julai 2025.

“Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter, manakala di Semenanjung naik sebanyak tujuh sen seliter daripada RM2.81 kepada RM2.88 seliter bagi tempoh sama.

“Seiring dengan peningkatan harga pasaran minyak dunia, kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON97 pada RM3.21 seliter, manakala harga runcit diesel di Semenanjung pada RM2.88 seliter.

“Harga runcit diesel di Semenanjung masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter,” menurut kenyataan itu.

MoF memaklumkan, penetapan harga itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kenyataan itu memaklumkan kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran serta menyelaras harga runcit petrol RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak selain menyokong kestabilan harga.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat