Showcase Jiwa Kacau 2024 telah berjaya diadakan dengan penuh gemilang di Stadium Hoki Bukit Jalil pada sabtu lepas. Konsert ini telah menarik kehadiran 15,000 orang peminat dari pelbagai usia dan negeri, sekali gus mencipta sejarah sebagai acara pertama yang dianjurkan di stadium tersebut.
Anjuran MND Sport & Event Sdn Bhd, Showcase Jiwa Kacau 2024, menampilkan enam barisan artis popular tanah air iaitu Hujan, Masdo, Bunkface, Insomniacks, Nidji dan Luqman Podolski. Setiap artis membawakan persembahan yang penuh bertenaga dan menghiburkan para peminat.
Setelah kejayaan Showcase Jiwa Kacau 2023 yang mengumpulkan hampir 8,000 peminat, edisi 2024 ini memperlihatkan peningkatan ketara dalam skala dan sambutan. Penganjur tidak hanya membawa kembali barisan pemuzik yang sama tetapi juga menambah dua lagi pemuzik untuk memeriahkan malam penuh energi ini.
Penampilan Istimewa Luqman Podolski membuka tirai konsert dengan beberapa lagu popularnya seperti “Bahaya” dan “MYVI”. Kemudian, Masdo meneruskan dengan medley lagu-lagu hits mereka seperti “La Obe” dan “Janji Manis”. Insomniacks pula membawakan lagu-lagu rock mereka yang penuh semangat seperti “Iguana Malam” dan “Reminisens”.
Insomniacks turut tidak mengecewakan dengan lagu-lagu seperti ‘Igauan Malam’ dan ‘Pulang’, manakala Nidji membawakan penonton kembali ke era kegemilangan mereka dengan ‘Laskar Pelangi’ dan ‘Hapus Aku’. Hujan dan Bunkface kemudian menutup malam dengan persembahan yang bertenaga, membawakan hits seperti ‘Pagi Yang Gelap’, ‘Aku Skandal’, ‘Malam Ini Kita Yang Punya’, dan ‘Revolusi’.
Showcase Jiwa Kacau 2024 bukan sahaja dihiburkan dengan persembahan muzik, tetapi juga beberapa kejutan dan momen bersejarah. Salah satunya adalah penampilan khas daripada solois tempatan, Luqman Podolski. Penampilan Luqman Podolski telah menerima sambutan yang meriah daripada para peminat.
Selain itu, Showcase Jiwa Kacau 2024 juga telah menerima sijil pengiktirafan dari Malaysia Book of Records sebagai konsert pertama yang diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Sijil ini telah disampaikan kepada Encik Harith Daniel, CEO MND Sports & Events, selaku penganjur konsert.
Showcase Jiwa Kacau 2024 turut mendapat sokongan padu daripada penaja seperti Naura Pisang Goreng, Copi Kitchen, Masy, Big boss HSP, Thread Division, dan Sanggul Event. ERA FM sebagai radio rasmi dan Astro Gempak sebagai digital rasmi turut memainkan peranan penting dalam kejayaan acara ini.
Dengan kejayaan yang dicapai, Showcase Jiwa Kacau 2024 tidak hanya meningkatkan standard hiburan konsert di Malaysia tetapi juga memperkukuh kedudukan muzik tempatan di persada industri hiburan.