Altimet mahu sumbang separuh royalti bantu Selangor FC bayar denda MFL

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – ADUN Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet tampil menyatakan hasrat menyumbangkan separuh kutipan royalti harta intelek miliknya tahun ini kepada Selangor FC bagi tujuan membayar denda yang dikemukakan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

“Saya akan sumbangkan separuh kutipan royalti harta intelek saya tahun ini untuk bantu bayar denda ni, jika Selangor FC sudi,” kata penyanyi rap tersohor itu di akaun X pada Selasa dengan tanda pagar #Selangorsampaimati.

Hantaran pelantun lagu ‘Kalau aku kaya’ itu mendapat pelbagai reaksi yang rata-rata memuji tindakan Altimet itu.

Hari ini, MFL menerbitkan kenyataan memaklumkan keputusan Selangor FC untuk ‘tidak hadir’ pada saingan Piala Sumbangsih membawa padah apabila diberkan empat bentuk hukuman termasuk denda sebanyak RM100,000.

Menerusi kenyataan yang telah dikeluarkan pengelola Liga Malaysia itu, Lembaga Pengarah MFL menetapkan denda RM100,000 yang mana wang berkenaan bakal disumbangkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan kelak.

MFL juga menyebut, tiga lagi hukuman termasuk bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan MFL selain pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024/2025.

“MFL akan mengumpul maklumat serta kos yang dikemukakan oleh JDT dan Sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor FC untuk semakan dan perbincangan selanjutnya.

“Perlawanan Liga Super (LS14) membabitkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) turut dimainkan tanpa penonton.

“Operasi perlawanan ini akan dilaksanakan dengan kerjasama antara MFL dan Selangor FC dengan syarat kemasukan wakil terpilih kedua-dua kelab yang akan diselaraskan untuk kehadiran pada hari perlawanan,” kata kenyataan tersebut.

Untuk rekod, pengurusan Gergasi Merah mengumumkan ‘tidak hadir’ untuk aksi Piala Sumbangsih menentang JDT pada 10 Mei atas faktor keselamatan selepas permohonan mereka untuk menunda perlawanan tersebut ditolak MFL.

Keputusan itu dibuat selepas pemain sensasi pasukan, Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lepas selain beberapa pegawai pasukan didakwa telah menerima ancaman jenayah.

Susulan itu, MFL mengumumkan pembatalan aksi Piala Sumbangsih sekali gus menyaksikan JDT diberikan kemenangan ‘walkover’ dengan jaringan 3-0 selain mendapat tiga mata bagi perlawanan Liga Super.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat