‘Tak Akan Damai dan Tenteram Jika Cemari Bahasa Kebangsaan’ – Dr Mohd Asri

“INGATAN untuk kerajaan baharu, jika awal-awal lagi identiti yang menyatukan rakyat ini hendak dicemari, maka ia satu petanda bahawa keadaan yang tidak damai dan tenteram akan melanda negara ini.”

Itu amaran Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berikutan tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan rasmi kementerian menggunakan bahasa Mandarin di samping bahasa Melayu dan Inggeris yang dikritik netizen.

“Negara ini ada identitinya. Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Tiada masalah dengan Bahasa Kebangsaan itu sejak sekian lama,” tegasnya.

Beliau mengingatkan barisan kepimpinan Kerajaan Pusat supaya menjaga identiti Bahasa Kebangsaan negara ini.

Menerusi kenyataan di laman Facebooknya pagi tadi, beliau berkata, Malaysia mempunyai bahasa Melayu yang menjadi identiti sejak dahulu lagi.

”Ia bukan punca pertelingkahan, bahkan ia antara sebab perpaduan di negara kita,” katanya.

Katanya lagi, Indonesia menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa kebangsaan meskipun negara itu turut mempunyai pelbagai kaum di dalamnya.

“Semua kaum di sana fasih berbahasa negara mereka,” katanya. – HMetro


Antara kenyataan rasmi kerajaan dalam Bahasa Cina Mandarin yang dikeluarkan Kementerian Kewangan menggunakan kepala surat Kerajaan Malaysia dan mengundang kemarahan ramai pihak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.