Menteri Kerajaan Mahathir Ada Masalah Kualiti Kata Mufti Perlis

KUALA LUMPUR – Kerajaan baharu disaran memiliki ketegasan dam mencorakkan perubahan dalam pemilihan menteri lebih berkualiti.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, kenyataan menteri hari ini dilihat berdepan masalah kualiti.

“Apabila ada menteri membuat kenyataan berbentuk arahan kemudian menyatakan itu hanya cadangan, maka kita tahu ada masalah ‘kualiti’ di situ.

“Era baharu mengharapkan ‘aras kualiti yang lebih tinggi’. Kerajaan baharu kena ada ketegasan dalam mencorakkan perubahan ke arah kualiti menteri yang lebih baik,” katanya melalui laman Facebook.

Meskipun tidak menyebut menteri terlibat, ia dipercayai merujuk kepada kenyataan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran yang mengumumkan mengenai arahan menggunakan khidmat tukang masak tempatan di restoran bermula tahun depan.

Kenyataan itu ternyata mendapat pelbagai reaksi dan Kulasegaran kemudiannya berkata, perkara itu hanyalah satu cadangan yang masih memerlukan perbincangan dengan semua pihak berkaitan dan keputusan muktamad mengenai perkara itu masih belum dibuat.

One thought on “Menteri Kerajaan Mahathir Ada Masalah Kualiti Kata Mufti Perlis

  • June 25, 2018 at 9:51 pm
    Permalink

    jaga diri sendirilah ….sibuk2 fasal orang napa???? sendiri pun tak betul …. jadi ahli politik lagi baik,,,,, salah orang macam nak rak….salah sendiri macam tak nampak…. jgn ingat kita betul saja….byk salah pun….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.