Kerajaan PH Akan Kurangkan Bantuan Subsidi Kepada 350,000 Pesawah – Persatuan Peladang

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang mengurangkan agihan subsidi bernilai RM800 juta kepada kira-kira 350,000 pesawah padi di seluruh negara selain memperkenalkan konsep tanaman tambahan.

Ketua Pengarah Persatuan Peladang Kebangsaan, Hamzah Bahari berkata, cadangan pengurangan pemberian subsidi tersebut membabitkan nilai RM2,600 perhektar setiap tahun kepada pesawah berikutan pengeluaran hasil tidak seimbang dengan jumlah subsidi yang diberikan.

Katanya, mengambil contoh subsidi yang diberikan di negara jiran seperti di Thailand dan Indonesia hanya menerima 10 peratus agihan subsidi tahunan berbanding jumlah subsidi di negara ini.

“Itu yang kita cadangkan kepada Majlis Penasihat Kerajaan dalam pertemuan bersama tadi.

“Cadangan untuk kurangkan subsidi dan perkenalkan konsep tanaman tambahan itu adalah bertujuan meningkatkan pendapatan pesawah selain mengubah gaya hidup pemakanan rakyat di negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan Majlis Penasihat Kerajaan yang dipengerusikan Tun Daim Zainudin; Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram dan jutawan, Tan Sri Robert Kuok di Menara Ilham, di sini hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.