Harga Minyak Dunia Menyusut Lagi

SINGAPURA – Harga minyak mentah Brent susut lebih daripada dua peratus dalam dagangan awal hari ini berikutan jangkaan peningkatan hasil yang dipersetujui di ibu pejabar Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) di Vienna pada Jumaat lalu.

Niaga hadapan Brent yang menjadi penanda aras antarabangsa bagi harga minyak berada pada AS$73.90 setong, susut 2.2 peratus daripada penutup akhirnya.

Niaga hadapan AS West Texas Intermediate (WTI) pula berada pada AS$68.36 setong susut 0.3 peratus, disokong oleh kejatuhan kecil dalam aktiviti penggalian di Amerika Syarikat (AS).

Pada awalnya, harga melonjak selepas perjanjian itu diumumkan berikutan ia dilihat tidak memacu bekalan sebagaimana yang dijangkakan oleh segelintir pihak.

OPEC dan rakan bukan OPEC termasuklah Rusia sejak tahun 2017 telah mengurangkan hasil kepada 1.8 juta tong sehari untuk mengetatkan pasaran dan melonjakkan harga.

Disebabkan oleh gangguan yang tidak dirancang di kawasan seperti Venezuela dan Angola, hasil kumpulan itu berada di bawah sasaran pengurangan dan kumpulan itu berkata ia akan membalas dengan meningkatkan bekalan daripada ketua OPEC, Arab Saudi.

Bank Barclays di Britain berkata komitmen OPEC dan Rusia akan menjadikan defisit 200,000 juta tong sehari daripada pasaran dalam separuh kedua kepada lebihan 200,000 juta tong sehari.

Perunding tenaga, Wood Mackenzie berkata perjanjian berkenaan mewakili kompromi antara memberi maklum balas kepada tekanan pengguna dan keperluan untuk negara pengeluar minyak mengekalkan harfa dan mengelakkan daripada bahaya dalam ekonomi mereka. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.