Ahli Politik Belanda Anjur Pertandingan Lukis Kartun Nabi Muhammad Di Bangunan Parlimen

Pemimpin Parti untuk Kebebasan (PVV), Geert Wilders sekali lagi menimbulkan kontraversi dengan mengadakan pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW.

Wilders melalui laman Instagramnya pada Rabu lalu berkata buat pertama kalinya pertandingan tersebut akan diadakan di bangunan parlimen.

“Muhammad datang ke parlimen, buat pertama kalinya pertandingan melukis karikatur Muhammad akan dianjurkan di bangunan parlimen.

“Saya akan maklumkan mengenai tarikh (pertandingan diadakan) dalam masa terdekat,” ujarnya ringkas.

Sementara itu tinjauan SuaraTV di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan tersebut kerana sengaja ingin mencetuskan kemarahan umat Islam.

Malah ada yang turut menjalankan kempen bagi mendesak pengendali laman Instagram untuk memadamkan akaun tersebut.

Sebelum ini ahli politik Belanda yang anti-Islam itu pernah menimbulkan kontroversi apabila sengaja menyiarkan 10 kartun yang menghina Nabi Muhammad dalam slot dua minit mengenai isu politik melalui rangkaian televisyen NOS.

Dia mendakwa tindakannya itu sebagai mempertahankan amalan kebebasan bersuara.

Ekoran tindakan tersebut ketika pilihanraya umum negara itu tahun lalu, Wilders gagal membentuk kerajaan apabila memperolehi hanya 19 kerusi dari 150 kerusi Parlimen.

Ini kerana semua parti utama menolak bekerjasama dengan beliau berikutan tidak mahu mencetuskan konflik perang agama di Eropah. – SuaraTV

One thought on “Ahli Politik Belanda Anjur Pertandingan Lukis Kartun Nabi Muhammad Di Bangunan Parlimen

  • July 1, 2018 at 8:05 am
    Permalink

    Pertandingan Lukisan Nabi Muhammad Satu Kebiadapan Atas Nama Kebebasan:

    Geert Wilders seorang ahli politik kontroversi, mengumumkan akan mengadakan sebuah peraduan kontoversi, iaitu mencari lukisan kartun terbaik Nabi Muhammad SAW. Pemenang bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak €5000 (independent.com). Dia menyatakan bahawa pertandingan melampau ini telah mendapat lampu hijau daripada pihak berkuasa Belanda dan dianjurkan oleh partinya sendiri. Dia juga merasakan larangan melukis gambar Muhammad ialah ancaman terhadap kebebasan bersuara, iaitu salah satu doktrin yang penting dalam fahaman kebebasan. (https://www.independent.co.uk/news/world/europe/geert-wilders-prophet-muhammad-cartoon-competition-islamophobia-dutch-netherlands-a8396386.html)

    Umat Islam terus berhadapan dengan pelbagai penghinaan terhadap Islam daripada Geert Wilders tanpa ada pembelaan. Sehingga kini pelbagai momokan dan jolokan dilemparkannya terhadap Islam, sebuah agama yang semakin berkembang di dunia saat ini. Bukan hanya syariat Islam seperti jihad dan hudud yang menjadi modal cercaan, malah kitab suci al-Quran dan susuk tubuh Rasulullah SAW yang mulia turut dihina. Mengapa kebiadapan ini boleh terjadi ketika umat Islam baharu sahaja menyambut Aidilfitri?

    Hal ini berlaku demikian kerana musuh-musuh Islam seperti Geert Wilders mempunyai agenda atau kepentingan politik untuk meningkatkan popularitinya dengan memburuk-burukkan ajaran Islam dan umat Islam. Dia sudah pasti menantikan reaksi-reaksi kemarahan umat Islam untuk lebih mempropagandakan Islam sebagai agama yang mengongkong manusia dan bertentangan dengan nilai-nilai kebebasan Barat.

    Dengan alasan kebebasan bersuara, Barat membenarkan perbuatan menghina dan ini bertentangan dengan fitrah kejadian manusia. Siapakah antara kita suka dihina, dimaki dan dikutuk? Apatah lagi penghinaan itu ditujukan terhadap insan yang jauh lebih kita sayangi berbanding diri, keluarga, harta dan perniagaan, iaitu Rasulullah SAW sepertimana yang diperintahkan dalam firman Allah SWT :

    قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

    ‘Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga dan harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik’ [TMQ at-Taubah (9): 24].

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.