Viral Lelaki Ini Bawa Dua Anaknya Menggunakan Bakul Ketika Dia Kayuh Basikal

Tatkala ramai yang mengecam lelaki ini kerana membahayakan dua anaknya, ada juga yang memujinya kerana berfikir di luar kotak, dengan menggunakan bakul untuk membawa dua anaknya ketika dia mengayuh basikal.

Video lelaki itu yang dirakamkan di sebuah kawasan luar bandar di China telah menjadi viral.

Rakaman itu menunjukkan lelaki terbabit berjaya mengimbangkan badan dengan baik sedangkan ia bukan tugas yang mudah, apabila menggalas dua kanak-kanak di bahunya.

Namun apa yang membimbangkan ialah ketika dia membelok basikal kerana salah seorang anaknya hampit terjatuh dan keadaan juga agak mengerikan ketika dia bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan.

Selepas video itu menjadi viral, netizen telah melahirkan kebimbangan akan keselamatan kanak-kanak terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.