Video : Ucapan, Nasihat Hari Raya Mufti Wilayah Persekutuan

Setelah berakhirnya Ramadan, umat Islam menyambut hari raya Aidilfitri dimana pada setiap tahun seluruh umat Islam melaungkan takbir dan tahmid yang menandakan kemenangan, kekuatan, perpaduan serta kesyukuran.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, Hari Raya Aidilfitri merupakan hari untuk kita menzahirkan kegembiraan.

Katanya, ia sebagai hari bergembira dan bersyukur di atas nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada hambaNya yang berjaya melakukan ibadah sepanjang bulan Ramadan.

“Kita gunakan kurniaan tuhan ini janganlah sampai kepada tahap pembaziran. Buat sesuatu dengan kemunasabahan tidak sampai kepada menzahirkan dan bermewah-mewahan dalam menunjukkan kemeriahan hari raya pada setiap perkara yang dilakukan.

“Yang penting jangan membazir, jangan riak takabbur, jangan berhutang, tapi sambutlah dengan seikhlasnya, dalam mencari keredhaan Allah s.w.t,”kongsinya ketika ditemui SuaraTV di pejabatnya batu-baru ini.

Tambahnya, untuk mendapatkan kesempurnaan, umat Islam hendaklah mengikut panduan sunah Rasulullah SAW dalam menyambut hari raya.

Menurut Zulkifli,selain hanya menunjukkan kesederhanaan dan tidak bermewah mewahan, umat Islam diharuskan memakai pakaian yang sesuai dan hendaklah menjaga batasan aurat.

Ia dapat mengelakkan diri daripada mempunyai sikap menunjuk-nunjuk yang dapat mendatangkan perasaan takbur.

“Tak perlu beli baju raya banyak pasang cukuplah berpada-pada di hari raya,”katanya yang turut menjelaskan hari raya adalah antara cara untuk melahirkan rasa syukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah.

Beliau sekali lagi menekankan supaya umat Islam dituntut untuk mengamalkan sikap sederhana dan menjauhkan diri daripada sifat membazir.

Sehubungan itu, beliau turut menzahirkan ucapan selamat hari raya buat umat Islam selain mendoakan mudah-mudahan amalan yang dilakukan oleh umat Islam di bulan Ramadan mendapat keampunan.

Semoga kita mendapat rumah tangga yang baik (baiti jannati), membina negara yang baik, akhirnya kita berada pada kegembiraan yang amat baik dan kita sentiasa saling hotmat menghormati dan hidup aman dan harmoni sesama kita sekali gus dapat jadikan hari perayaan sebagai titik persaudaraan sesama kita InshaAllah,”akhirinya.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.