Ron Howard Ambil Alih Pengarahan Filem “Han Solo’s : Star Wars”

NEW YORK – Ron Howard mengambil alih pengarahan filem “Han Solo: Star Wars” selepas pengarah Phil Lord dan Christopher Miller tinggal projek itu dengan mengejut..

Menurut AP, Lucasfilm mengumumkan pengarah pengganti mereka, dua hari selepas Lord and Miller meninggalkan projek itu atas pandangan perbezaan kreatif.

Ron Howard diberikan peluang selepas Lord and Miller tinggalkan projek itu di tengah-tengah penggambaran, lapor RTM.

Kathleen Kennedy, presiden Lucasfilm, berkata penggambaran filem itu akan disambung semula pada 10 Julai. Filem itu yang masih belum di berikan tajuk akan memperlihatkan pelakon Alden Ehrenreich sebagai Han Solo semasa muda, dan kira-kira tiga perempat filem itu telah selesai penggambaran.

Ia mempunyai beberapa minggu saja selesaikan semua penggambaran, termasuk penggambaran semula babak-babak tertentu.

Ron Howard telah arahkan beberpa filem pemenang Oscar seperti “A Beautiful Mind” dan “Apollo 13.”

Beliau juga arahkan filem, termasuk “Da Vinci Code”, sekuel “Inferno” dan “In the Heart of the Sea”.

Syarikat Disney mengulangi tarikh keluaran filem itu pada 25 Mei tahun depan, mencadangkan bahawa filem ini, satu filem sampingan dari filem “Star Wars” akan dikeluarkan mengikut jadual.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.