Presiden Mesir Ampunkan Lebih 500 Banduan Menjelang Aidilfitri  

KAHERAH – Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi mengampunkan 502 banduan menjelang sambutan Aidilfitri termasuk ahli perniagaan utama, Hesham Talaat Moustafa, demikian menurut dekri Presiden yang disiarkan kelmarin.

Menurut Reuters, banduan yang akan dibebaskan itu termasuk 25 wanita dan sebilangan remaja yang dipenjarakan kerana didapati bersalah melakukan tunjuk perasaan dan menyertai perhimpunan haram, kata agensi berita rasmi MENA.

Abdel Fattah juga mengampunkan Hesham yang merupakan bekas pengerusi firma hartanah terbesar di Mesir, Talaat Mostafa Group.

Ahli perniagaan itu menjalani hukuman penjara selama 15 tahun kerana mengupah seorang pembunuh untuk membunuh bintang pop Lebanon, Suzanne Tamim pada tahun 2008. Sumber keselamatan berkata, dia diberi pengampunan atas sebab kesihatan, lapor Kosmo.

Presiden Mesir itu mengarahkan kementerian dalam negeri supaya melaksanakan keputusan tersebut sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri pada hari ini.

Abdel Fattah melancarkan operasi mematahkan kebangkitan pembangkang selepas merampas kuasa daripada pergerakan Ikhwanul Muslimin pada pertengahan tahun 2013 yang menyaksikan beratus-ratus orang terbunuh dan ribuan lagi dipenjarakan termasuk sebilangan aktivis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.